“MA …, ni hadiah untuk mama. Maaflah. Fiq tak tahu mama suka atau
tak. Fiq tak tahu nak beli apa untuk
mama.” Syafiq menghulurkan kotak coklat
yang diikat dengan riben. Berserta
dengannya sejambak lavender segar.
“Terima kasih, sayang.
Apa pun yang Fiq bagi, mama terima.
Kalau tak ada hadiah pun, cukup Fiq ingat hari istimewa mama ni.” Puan Sri Saihah menarik tubuh anaknya ke
dakapan. Erat.
“So, papa,
malam ni tak jadi dinnerlah ya?” Shameena menyoal. Soalannya itu disambut dengan tujahan pandangan
mata seisi keluarga. Terkejut
barangkali.
“I’m just asking. Tak salah, kan?”
“Anak papa yang paling nakal ...,”
“... dan comel!” Shameena mencelah ayat ayahnya yang
masih belum lengkap. Celahannya itu
meledakkan tawa keluarganya.
“Come here, honey.”
Shameena bangkit menuju kepada ayahnya. Dia duduk di atas pangkuan lelaki itu. Manja!
“Manhattan lagi?”
soal Tan Sri Muhyiddin. Dia faham
benar kehendak gadis genit di atas pangkuannya ini. Umurnya sudah menginjak ke angka 23, tetapi
perangainya seperti anak yang masih belajar di bangku pra-sekolah.
Shameena mengucup pipi ayahnya.
“Itu sebablah Meen sayang sangat kat papa!” tawa yang tadi hanya menjadi latar bunyi,
kini menguasai seluruh bunyi di ruang tamu.
Kuat.
“Oh, Meen sayang papa je lah? Abang tak?”
“Of course!” Sameer mencebik. Sengaja Shameena memancing riak itu. “Of courselah
sayang! Meen sayang keluarga kita! Meen
sayang papa, Meen sayang mama, Meen sayang abang dan adik. Meen sayang Pak Samad dan Mak Yam juga! Puan Sri Saihah menggeleng berkali-kali. Senyumnya tetap menghiasi bibir. Sungguh!
Gadis itu lagaknya seperti anak yang masih belajar di bangku
pra-sekolah! Manja!
+++
SYAFIQ duduk di gazebo belakang rumah. Kali pertama dia
berada di situ sejak tigak bulan lalu. Matanya terpaku pada air terjun buatan yang
halus sentuhannya. Tampak kekemasan pada binaannya. Seperti dibina oleh pekerja
binaan yang profesional.
Dia menyandarkan tubuhnya pada tiang gazebo. Mata
dipejam. Telinga tetap menangkap bunyi deruan air terjun serta kocakan air
kolam yang dalamnya terdapat beberapa ekor ikan.
Cantik!
Wajah
dua insan yang tadi mengganggu fikirannya ketika di restoran kini menerpa lagi.
Mengasak kuat rindunya. Cuba untuk diusir dua wajah itu dengan menghadirkan
wajah mama, papa, Sameer dan Kak Meen. Namun langsung tidak berhasil.
"Huh!"
Keluhan Syafiq dilepaskan. Kuat. Lelah mencari. Lelah menunggu. Dia tahu dua
insan itu tidak mungkin akan muncul dalam hidupnya lagi.
"Fiq."
Sameer menegur lembut.
"Meer."
Langsung tiada panggilan 'Abang' buat Sameer. Sameer sedikit kecewa. Sudahlah
lagak Syafiq langsung tidak menunjukkan rasa hormat, biarlah panggilan
membuktikannya. Tetapi tidak!
"Boleh
abang duduk?"
"Duduklah."
Syafiq mengalihkan telefon bimbitnya. Memberi ruang buat Sameer.
"Ni,
abang ada buat album keluarga kita. Bolehlah Fiq kenal-kenal dengan
mereka."
Syafiq
mencapai sebuah album di hadapannya. Satu persatu gambar ditatap. Sameer hanya
memerhati. Dia menanti soalan daripada adik bongsunya itu.
Gambar
seorang bayi sekitar usia empat bulan menarik perhatian. Syafiq merenung gambar
itu dalam-dalam. Wajah bayi itu persis wajah yang mengganggu fikirannya sekejap
tadi. Cemberut pada wajahnya mengundang perhatian Sameer.
"Kenapa
Fiq?"
"Ni
siapa?"
"Oh.
Ni gambar abang. Kat belakang ada gambar Fiq masa kecil. Fiq comel sikitlah
daripada abang." Sameer memancing
senyum Syafiq.
"Haa,
ni gambar Fiq. Masa ni, Fiq baru nak masuk empat bulan. Tapi, antara kita
bertiga, Kak Meen paling comel. Ni gambar dia. Comel, kan?" Jari Sameer
menunjukkan gambar Shameena. Berbaju merah jambu. Jika Sameer tidak tunjukkan pun, Syafiq boleh
mengagak.
"Kenapa
mama, papa tinggalkan Fiq di Ohio?"
"Oh.
Mama ada cerita dulu. Mama, papa bukan sengaja. Dulu ...," belum sempat
Sameer menceritakan sebabnya, telefon bimbitnya berdering minta dijawab. Sameer
mengisyaratkan supaya Syafiq menunggu sebentar. Syafiq terus menancapkan
penglihatannya pada buku album di tangannya.
"Fiq,
I got to go. Urgent! Nanti abang
sambung cerita ya? Album ni Fiq simpan dulu. Tengoklah mana yang patut. Abang
pergi dulu." Sameer menepuk bahu Syafiq. Dia terus meninggalkan Syafiq
yang masih berserabut dengan pelbagai persoalan.
+++
PELUH
yang terpercik pada dahi dilap dengan hujung tudungnya. Kayuhan basikal yang laju,
diperlahankan. Jalan yang sesak
menghalang Fara untuk mengayuh lebih laju.
Restoran makanan segera, KFC nberada tidak jauh daripada kedudukannya
sekarang. Fara tersenyum, wajah adik-adiknya yang terhias dengan
senyuman mula terbayang di ruang fikirannya.
Hari
ini Fara meminta izin daripada Cik Bedah untuk bercuti bagi memenuhi kehendak
adik bongsunya. Dia tahu sebenarnya dua
lagi adiknya, Ali Kabahwar dan Mona Airawani juga berhajat tentang perkara yang
sama. Namun tidak disuarakan.
Fara
menongkat basikalnya sederet dengan kenderaan dua roda yang lain.
Dia meyeluk poket seluarnya.
Kepingan not RM 50 dan RM 10 masih di situ. Fara tersenyum. Langkah kakinya dideraskan sederas degup
jantungnya yang penuh dengan keterujaan.
Semerbak
bau ayam goreng menerpa ke rongga pernafasannya. Fara tidak pernah menjenguk ke restoran ini,
mahupun mana-mana cawangannya. Dia
menghampiri sebuah meja berdekatan pintu masuk.
Di situ duduknya sepasang suami isteri serta dua anak mereka lingkungan
usia lima dan enam tahun.
“Maaf bang, akak.”
“Maaf dik. Kami
tengah makan. Adik cuba minta kat meja
lain.”
“Errr ..., bukan bang.
Saya cuma nak tumpang tanya.
Macam mana saya boleh dapatkan hidangan macam ni ya?” Fasra menunjukkan ke arah kotak yang terletak
di atas meja.
“Oh. Adik pergi order dekat kaunter tu. Yang ni dapat sembilan ketul ayam ni.” Si
isteri menjawab lembut.
Fara menghitung sesuatu dengan jemarinya. Mulutnya terkumat-kamit. Dia tersenyum kemudiannya.
“Kalau saya sekleluarga ada tujuh orang, cukup
rasanya. Berapa harganya, kak?”
“Alamak! Akak dah
terbuang pula resitnya tadi. Tak apa. Adik pergi tanya pada pekerja di kaunter tu
ya.” Fara mengangguk.
“Terima kasih, kak, bang.” Fara menghadiahkan senyum untuk mereka
sekeluarga.
Fara melangkah meninggalkan keluarga itu. Langkahan perlahannya diatur ke arah kaunter
yang dihadapannya orang beratur panjang.
Jam pada dinding restoran itu menunjukkan waktu hampir tengahari. Sesak di sini sama seperti sesaknya Warung
Cik Bedah pada waktu ini.
Dari jarak yang tidak berapa jauh dari meja yang dia
rapati sebentar tadi, telinganya mampu menangkap perbualan pasangan suami
isteri itu. Si isteri menegur sikap
suaminya yang selalu dingin pada mereka yang mengganggu waktu makan mereka.
“Mereka mengganggu ketenteraman orang, tau tak?”
“Tapi mereka mencari rezeki untuk keluarga mereka.”
“Islam tidak ajar umatnya meminta-minta. Islam menggalakkan kita berusaha. Orang lain berpenat lelah bekerja, mereka
senang-senang je nak minta hasilnya.
Saya ni bukan kedekut, cuma mereka sepatutnya berusaha.”
Bebelan si suami yang panjang lebar menerjah masuk ke
ruangan telinga mereka yang berada di sekeliling mereka.
“Saya bukan tak mahu tolong, tapi, sekarang ni dah banyak
sangat kes penipuan berlaku. Kanak-kanak
dan remaja dipergunakan. Kononnya mereka
anak yatim piatu. Pakai baju compang
camping, datang minta sedekah. Bila keluar,
rupanya ada orang yang arahkan mereka begitu.”
“Iyalah. Itu saya
faham. Tapi awak tak sepatutnya
bersangka buruk dengan adik tadi. Dia datang
untuk bertanya je. Kan molek kalau awak
tanya dulu apa tujuan dia tadi.”
Suara si isteri yang perlahan cukup untuk pendengaran
suaminya sahaja. Si suami
mengangguk-angguk. Sesekali dia menoleh
ke arah Fara yang sedang beratur. Riak bersalah
terbit pada wajahnya.

2 comments:
wah... dah bab 8! chaiyok.. :)
;) tetap tak leh kejar kak yard.. :D btw, thanks!
Post a Comment