Yang Banyak Orang Reach..

Novel: Mungkin Ini Takdir Cintaku 11



SYAFIQ mengikut sahaja rentak langkah Sameer dan Shameena.  Entah ke mana arah yang hendak dituju dua beradik itu, langsung dia tak tahu.  Matanya ligat memerhati deretan kedai di dalam gedung membeli belah itu.  Susunan barangan jualan yang sedikit sebanyak menarik perhatian pengunjung, turut serta menarik perhatian Syafiq.

Shameena meneroboskan dirinya ke dalam sebuah kedai buku.  Sameer menoleh ke belakang.  Dia tahu Syafiq agak jauh ketinggalan.  Dia mencari kelibat Syafiq.  Leka adiknya itu berdiri di hadapan sebuah kedai alat permainan.

"Fiq," Sameer memanggil.  Cukup untuk sampai ke pendengaran Syafiq yang jaraknya hanya beberapa meter.  Syafiq menoleh.  SAmeer memberi isyarat supaya Syafiq cepat-cepat datang kepadanya.  Shameena sudah masuk hampir ke hujung kedai yang agak besar itu.

Untuk meninggalkan Shameena dan mendapatkan Syafiq yang sedang leka melihat alat permainan yang tersusun itu, pasti tidak untuk Sameer.  Shameena satu-satunya adik perempuannya.  Shameena tanggungjawab dia dan Syafiq.  Ke mana sahaja gadis itu pergi, dia tidak akan dibiarkan sendiri.

Syafiq melangkahkan kakinya lambat-lambat.  Hatinya sebal.

'Masuk je lah! Sibuk je.'  Hatinya merungut sendiri.  iPega PG-9025 yang selama ini menjadi idaman hatinya, bagai melambai-lambai, tak mahu melepaskan Syafiq pergi.

"Kita settlekan urusan Kak Meen dulu.  Lepas tu, baru kita cari apa yang kita nak.  Okey?"

"Kalau sekaligus kan senang.  Apa yang leceh sangat nak sorang-sorang bagai.  Dia tu bukan kecil lagi. Dah besar dah!" Syafiq protes.

"Tapi dia masih tanggungjawab kita." Syafiq merengus kasar.

***

"ABANG...," Shameena menegur abangnya yang sejak tadi termenung di sudut kedai.  Senarai barang keperluan yang hendak dibelinya dipandang sesekali, bergilir dengan susuk tubuh abangnya.

Sameer senyum.  Kelat.

"Are you okay?" Sameer mengangguk lemah.  Tak pernah selemah itu.

"Meen tahu abang tak okey.  Ignorelah apa yang mama cakap tu.  Mama tu lebihkan sangat Fiq.  Tak patut."

"Meen tahu?" Shameena mengangguk.

"Meen tak setuju dengan mama."

"Tapi dia mama."

"Tapi soal hati, tak boleh dipaksa.  Lagipun, abang rasa, Lydia nak ke kat Fiq tu?  For sure dia dah ada pilihan hati dia kan?"

"Alya Shameenaku sayang, tak nampak ke apa reaksi Lydia masa dengan Fiq hari tu?" Shameena memuncungkan bibirnya.  Kening diangkat semaksima boleh.  "Agak-agak, menjawab tak persoalan awak tu?"

Shameena diam.

"Abang, ni cantik tak?"  Shameena cuba mengalih topik sebaik sahaja terlihat kelibat Syafiq sedang menghampiri mereka.  Sameer cemberut.  Tiba-tiba!

"Meen nak yang ni boleh?  Nak gantung kat handphone Meen.  Boleh? Kan? Kan? Kan?"

Syafiq berdiri betul-betul di sebelah Sameer.  Fahamlah Sameer mengapa tiba-tiba Shameena mengubah topik perbualan mereka.  Bagus juga kau datang, Fiq!

"Tapi bukan Meen suka warna pink ke? Tu hijau.  Bukan Meen suka pun."

"Hijau kan warna kesukaan abang Meen yang tersayang.  Warna favourite sepupu kesayangan Meen juga," berkerut dahi Sameer.  Entah apa motif Shameena sebut perihal Lydia, dia pun tak tahu.

"Lama lagi ke?" suara Syafiq yang mendatar memancing pandang Sameer dan Shameena.

"Meen?"

"Siap dah ni.  Jom."

"Fiq nak beli iPega tadi?"

"Nak balik."

"Kita pergi makan dulu.  Hari ni mama tak masak kan?  Mama dan papa ada ada majlis di rumah Datin Hasnah." Shameena mengangguk laju.  Syafiq menggaru kepala yang tidak gatal.  Rimas dengan permintaan dua beradik ini.

"Sekejap je.  Jom." Sameer memulakan langkah.  Dituruti Shameena dan Syafiq yang masih bermalas-malas untuk berjalan.

***

SUASANA di Warung Pak Shahabuddin agak hingar.  Ramai orang datang ke warung tersebut untuk menikmati makan tengahari.  Dari pintu utama, di sebelah kanan kedai, kelihatan sepasang lelaki dan perempuan, mungkin pasangan kekasih sedang menanti makanan mereka tiba di meja.

Pandangan dikalihkan ke kiri sedikit.  Kepulan asap rokok dilepaskan beberapa orang individu tidak bertanggungjawab.  Di tengah kesesakan orang ramai yang sedang menikmati juadah, ada juga individu yang pentingkan diri mereka untuk kelazatan nafsu mereka sendiri.  Sameer geleng kepala.

"Nak duduk mana ni?"  Sameer memeluk bahu adiknya itu.  Dia tahu gadis itu sudah tak larat turun naik kereta untuk mencari kedai makan yang lain.  Warung Pak Shahabuddin, warung kelima yang mereka singgah tengahari itu.  Semuanya padat dengan orang.

"Tak boleh ke kita pergi fast food restaurant je?  Entah apa-apa je makan kat sini.  Dengan orang yang tak ada manners, merokok sana sini.  Kut nak bunuh diri, bunuh diri seorang dah lah.  Ini tak, orang lain pun terpaksa sedut asap rokok dia."  bebel Syafiq panjang.  Shameena mengangguk deras.  Sameer kaku seketika.

"Takpe la. Tu kat sana tu ada kosong.  Jauh dari orang.  Boleh kut.  Kan?"  Sameer meminta persetujuan.

Shameena senyum.  Setuju dengan Sameer.  Syafiq hanya mengikut.  Langkah mereka dihalakan ke arah meja yang dimaksudkan Sameer.  Syafiq duduk berhadapan dengan Sameer sementara Shameena di sebelahnya.

"Apa yang best kat sini?"

"Fiq biasa makan roti tisu?"  Sameer menyoal.  Syafiq tenung wajahnya dalam-dalam.  Apa punya soalanlah dia tanya ni.

"Dah tentu aku baru 3 bulan duduk sini kan.  Takkan semua makanan nak dilahapkan."

Shameena terus mencemberutkankan wajah bila terdengar jawapan Syafiq.  Langsung tiada rasa hormat terhadap Sameer.  Ditoleh ke wajah Sameer sekilas.  Sameer senyum.  Cemberutnya bertambah.


"Betul juga cakap Fiq, kan?  Lagipun Fiq bukannya keluar rumah sangat.  Asyik dengan games je.  Mana ada masa nak keluar." nada suara Sameer perlahan tetapi sinis.  Senyum tetap terukir pada bibir.  Shameena terus keliru dengan senyuman itu.

No comments: