Yang Banyak Orang Reach..

Mini Novel: Cinta Di Sebalik Purdah 15 - Akhir



IZZ mencapai komputer ribanya.  Selalunya mesin itu hanya disentuh jika ada tugas yang hendak dilaksanakan.  Kali ini, Izz ada misi lain.  Kelibat salah seorang anak gadis Mak Temah bermain-main di ruang fikirannya.  Anak mata gadis itu menimbulkan pelbagai rasa.  Izz gelisah.

Izz meraba ke dalam poket beg galasnya.  Dia mencari alat jalur lebar yang seingatnya telah diselitkan di situ.  Dia mula mengakses ke laman Facebook.  Mencari sesuatu di dalam profil Izzah Durrani.  Langsung tiada?  Mustahil!

Izz menggerakkan kursor pada ikon Yahoo! Messenger dengan penuh pengharapan.  Nama Izzah Durrani diklik dua kali sebaik sahaja terlihat ikon menandakan Izzah sedang online.

‘Acu, hint abang lagi!’ – Izz Rizqin.

‘Oits ... dah la masuk rumah orang tak beri salam! Tiba-tiba minta hint.  Apa kes?’ – Izzah Durrani.

‘Maaf! Assalamualaikum, Acu.  Boleh bagi abang hint pasal that girl lagi tak?’ – Izz Rizqin.

‘Haa ... macam nilah abang saya! Hint? No way! Kelmarin Acu nak hint, abang menyombong.  Rasain kamu!  Cari sendiri jodohnya!’ – Izzah Durrani.

Please, dear.  I’m begging you.’ – Izz Rizqin.

‘Dah jumpa ke?’ – Izzah Durrani. 

Belum sempat membalas mesej adiknya, Izz terpaksa bangkit dari katil, menuju ke pintu sebaik terdengar bunyi ketukan dari luar bilik.
                                                              
“Mari minum di serambi.  Tok ada perkara nak bincang dengan kamu.”

Izz mengangguk.  Sebaik Tok Ketua menghilangkan diri, Izz masuk semula ke dalam bilik.  Jaket sukan yang seringkali disarung untuk mengelak dirinya daripada kesejukan, dicapai.

Izz melangkah ke arah tempat yang Tok Ketua sebutkan sebentar tadi.  Kelihatan Tok Ketua sedang menikmati kopi panas ditemani beberapa ekor kucing peliharaannya.  Dia menghampiri Tok Ketua.

“Tok ...,” Izz duduk di atas anak tangga di serambi, sementara Tok Ketua duduk di atas pangkin berhadapan dengan tangga.  Tok Ketua menoleh.

“Minum dulu, Izz.”

Izz mengangkat cawan kopi yang terhidang berdekatan dengannya.  Perlahan dia menghirup kopi panas itu.

“Tengahari tadi, ayah kamu telefon Tok.  Dia bertanya tentang kamu.”

Hirupan Izz terhenti.  Dia meletakkan semula cawannya ke tempat asal.

“Dad tanya pasal apa?”

Tok Ketua hanya memberi isyarat, Izz faham dengan isyarat tersebut.  Izz mengeluh.  Dia bersandar di jenang pintu.

“Masa yang tinggal tak lama lagi, Tok.”

Izz meluahkan.  Kerisauannya memuncak.  Tinggal lagi 2 minggu masa untuk dia mencari jodohnya.

“Istikharahlah.  Minta petunjuk daripada Allah.  Jangan terburu-buru.”

Tok Ketua memegang bahu Izz.  Izz mengangguk.  Dia bangkit sebaik Tok Ketua menghilangkan diri ke dalam bilik tidur.  Komputer riba dicari semula.

‘Dah offline? Awal sungguh!’

+++

IRIS duduk di birai katil memandang ke arah surat yang entah kali ke berapa dia menyentuhnya tapi langsung belum berkesempatan untuk membaca.  Entah apa amanat Izzah dalam surat itu.  Perlahan-lahan Iris bangun mencari pula kotak baldu berwarna merah yang terbiar di atas meja solek.  Iris dapat mengagak apa isi kandungannya, cuma tidak tahu apa tujuannya.

Baru sahaja hendak membuka lipatan, pintu bilik Iris diketuk dan dibuka perlahan.  Irdina.

“Kak, jom makan.  Makanan dah siap.  Mak masak mee goreng kegemaran akak, pagi ni.”

Iris mengangguk dan bangun menuju ke meja solek.  Untuk kesekian kalinya, surat dan kotak baldu itu disimpan semula ke tempat asalnya sejak dijumpai dari dalam beg.

6 comments:

Anonymous said...

laa , awat jadi camni ?

SyaCha Abdullah said...

Muhammad Firdaus Bin Mohd Nasir: awat?? ;) panjang lagi nanti.. tak bolehlah nak buat exactly macam cerpen, nanti tak surprise :) lagipun, saya cuba selitkan sedikit ilmu yang saya ada untuk dikongsi bersama, jadi saya kena sesuaikan dengan situasi :)

Anonymous said...

bab akhir??tp napa tergantung je

SyaCha Abdullah said...

Anonymous: nope.. post terakhir :) insyaALLAH saya akan cuba hantar karya ni ke meja penerbit *kalau mereka sudi terima* ;)

cikgu hasliza said...

Sy bru bkesempatan baca mini novel awak ni...hehehe..jln cite yg menarik n lebih dkt dgn hati anak2 mlaka coz bahasa n tmpt yg dgunakan serta nilai islamik..ok teruskn menulis n jgn lupa selitkn sej mlaka kalau boleh...:-)

tinta merah said...

Mcm lain je jln cite...huhuhu...