PROLOG
SUPRA
yang dihiasi dengan warna merah bercalit sedikit warna hitam disarung
lekas-lekas. Jam sudah menunjukkan
hampir tiga petang. Dia sudah
terlewat. Janjinya bersama untuk bersama
kawan-kawannya ialah pada jam 3.30 petang.
Perjalanan dari rumahnya ke tempat yang dijanjikan memakan masa lebih 45
minit. Huh! Dia mengeluh. Kalau bukan kerana bebelan abang, pasti dia
sudah sampai!
Poket
seluar jeans diseluk dalam-dalam. Kunci
kereta dicapai. Langkah kakinya
dideraskan ke kereta. Langsung tidak
menoleh ke belakang lagi. Fikirannya
kini hanyalah pada kawan-kawan barunya yang sedang menunggu.
Sejak
pulang ke Malaysia, dia jarang melekat di rumah. Masanya lebih banyak dihabiskan bersama-sama
kawan baru. Rasanya, bukan perkataan
pulang yang sesuai untuknya, tetapi sejak datang ke Malaysia untuk bersama
keluarga. Masakan tidak, dia dilahirkan
di Ohio, Amerika Syarikat. Sejak
dilahirkan, tidak pernah sekali pun dia dibawa pulang ke Malaysia, hinggalah
beberapa bulan yang lalu, itulah kali pertama dia menjejakkan kakinya di negara
kelahiran kedua-dua ibu dan bapanya.
“Jangan
balik lewat ya, Fiq.” Puan Sri Saihah
melaungkan sedikit suaranya.
“Alah,
tak payah balik pun tak apa. Balik pun
menyusahkan orang! Nak buat apa?” Sameer bersuara, juga sedikit lantang hingga
menusuk masuk ke dalam pendengaran Syafiq.
Syafiq menoleh. Mukanya
bengis. Langsung tidak berpuas hati
dengan abangnya. Kalau bukan kerana
sudah terlewat, sudah pasti dia akan kembali ke arah lelaki yang mencari
masalah dengannya itu. Mahu sahaja
ditumbuk wajah yang mirip dirinya itu bertalu-talu.
Puan
Sri Saihah menyentuh bahu anak lelaki sulungnya. Dia menggeleng perlahan. Sameer menatap wajah ibunya. Reda sedikit rasa marah terhadap remaja
berusia 20 tahun yang baru sahaja memandu keluar Lotus Exige GT3 daripada
halaman rumah mereka.
“Sudahlah
tu. Biarkan dia.”
“Mama
manjakan sangat budak tu!” Api
kemarahannya yang hampir padam sebentar tadi bagai disimbah minyak semula. Panas hatinya apabila mendengar kata-kata
ibunya sebentar tadi.
“Dia
muda lagi, Meer. Biarkan. Sampai masa dia dah cukup matang nanti, dia
akan berubah.” Sameer membuang
pandangnya jauh-jauh. Rasa seperti tidak
mahu bercakap lagi dengan wanita di hadapannya kini. Hanya kerana seorang budak lelaki yang masih
mentah tetapi berlagak seperti tahu segalanya itu!
“Trust me!” Puan Sri Saihah menekan
sedikit nada suaranya.
“Ikut
suka mama lah! Meer dah penat. 3 bulan dia kat sini, tapi masih macam
tu. Meer tak tahu apa yang Aunty Zehra
ajar dia kat sana. Entah apa jenis
didikan yang dia beri agaknya.” Suara
Sameer mula hambar. Wajah Aunty Zehra
menerawang di kotak fikirannya. Segala
kenangan sewaktu dia turut tinggal bersama Aunty Zehra juga berasak-asak masuk
ke dalam kotak yang kian sempit itu.
“Meer,
my dear, Meer kena faham ...,”
“Faham
apa, ma?” Sameer memintas kata-kata ibunya.
Tidak berpuas hati kerana ibunya masih membela Syafiq.
“Tak
apalah. Meer akan faham nanti. Tak guna rasanya mama bercakap dengan api
yang sedang marak. Silap-silap, dengan
mama sekali yang rentung nanti.” Ada sedikit seloroh dalam nada Puan Sri
Saihah. Dia menghadiahkan senyumannya
yang manis buat anak terunanya itu. Sameer
terkebil-kebil sendiri. Entah apa
agaknya yang mama hendak aku faham?

No comments:
Post a Comment