Langkah Izz, Firas, Adri dan Fakree diiringi dengan
sorotan mata Mak Temah sekeluarga hinggalah empat batang tubuh itu hilang.
“Dia yang tinggal di rumah Tok Ketua tu, kan?” Irdina
tiba-tiba menyoal. 5 pasang mata yang
lain tertumpu pada Irdina. Irdina setia
menunggu jawapan salah seorang daripada mereka.
Entah siapa akan menjawab, Irdina sendiri tak mampu mengagak.
Irsyad? Dia bukan jenis yang gemar pada soalan. Langsung tidak suka bertanya dan
ditanya. Kecuali keadaan benar-benar
mendesak untuk dia tahu lebih lanjut.
Mak Temah? Tidak mungkin. Mak Temah tidak keluar rumah kecuali bersama
anak-anaknya sejak kepulangan Iris.
Sudah masuk minggu kedua. Ibtihaj
dan Ibtihal? Dua beradik kembar ini
hanya tahu jalan dari rumah ke sekolah dan dari sekolah ke rumah sahaja. Langsung tidak bercampur dengan rakan-rakan
sebaya mereka. Iris? Jauh sekali! Dia sama seperti Mak Temah, hanya keluar
bersama keluarga.
Sedikit rasa hampa menyelubungi hati Irdina. Dia mahukan jawapan walaupun tahu jawapan itu
sebenarnya tidaklah sepenting mana.
“Aah. Dia yang
tinggal di rumah Tok Ketua. Masa Chad
nak laporkan pada Tok Ketua tentang Abang Lan hari tu, dia yang buka
pintu. Dan dia juga yang decide nak
hantar Abang Lan ke Kuala Lumpur.
Katanya nak bagi Abang Lan bekerja di sana.”
“Kerja apa je yang Abang Lan nak buat kat sana? KL kan susah nak cari kerja.” Ibtihaj bersuara tiba-tiba.
“Dik, KL banyak peluang pekerjaan sebenarnya. Cuma kita yang kena pandai cari kerja yang
betul-betul halal untuk kita dan orang bawah tanggungan kita,” celah Iris.
“Tapi, Abang Lan tu kan bekas banduan. Ada ke orang nak ambil dia bekerja?” Ibtihal pula menyahut.
“Bukan semua bekas banduan tu jahat. Ada segelintir yang dah betul-betul berubah,
tapi tak diberi peluang.”
“Macam Abang Lan?”
serentak Ibtihal dan Ibtihaj menyoal.
Iris mengangguk bagi menjawab soalan dua adik kembarnya itu. Senyum Iris di sebalik purdahnya dibalas.
“Abang Chad dengar, Abang Lan bekerja dengan keluarga
Abang Izz. Keluarga Abang Izz ada buat bisnes. Tapi Abang Chad tak tahu pula bisnes apa.”
“Ooooo.” Panjang
muncung dua beradik itu.
+++
“EH, ni kenapa adik-adik abang muncung je ni?” Izz menyoal tiga kanak-kanak yang berdiri di
sisinya itu.
“Abang kata nak makan!”
Fakree menekan sedikit suaranya.
Izz mengusap kepala anak kecil itu.
“Kita makan kat tempat lain ya?”
“Kat mana?” Firas
menyoal.
“Kita cari restoran fast
food jom!”
Tiga kanak-kanak itu menuruti langkah Izz. Izz tergelak kecil melihat wajah cemberut
tiga kanak-kanak itu. Mereka sudah
dianggap seperti adiknya sendiri.
+++
“OKEY, sedia ya?
Senyum. 1, 2, 3 ...”
Klik!
Butang capture pada telefon bimbit Izz ditekan. Beberapa keping gambar diambil untuk
dijadikan simpanan. Masa untuk Izz di
kampung ini hanya tinggal dua minggu sahaja.
Sudah tidak lama.
Sekejap-sekejap Izz terfikir tentang permintaan mum. “Mum suruh kamu pergi ke sana untuk cari
jodoh. Bukan suruh tidur!”. Kata-kata mum menerusi telefon masih
terngiang-ngiang.
Izz menolak gelisahnya jauh-jauh. Sekarang masa untuk dia bersuka ria dengan
adik-adik baharunya ini. Berkali-kali
butang capture ditekan. Sesekali Izz
memanggil orang yang lalu lalang di hadapan mereka untuk mengambilkan gambar.
“Huh, dah. Abang
dah penat. Nak bergambar lagi ke?” Izz duduk di atas rumput karpet yang luas
itu. Fakree, Firas dan Adri turut duduk
bersamanya.
“Firas pun dah penatlah.
Kita rehat dululah.”
“Adri pun dah penat.”
“Fakree lapar!”
“Ish kau ni! Asyik
nak makan je. Kan kita baru makan tadi!”
“Biarlah! Yang kau
lorat nau apasal?”
“Okeylah. Kita
pergi isi tank kita dulu jom!” Izz
bersuara sambil menepuk perutnya. Dia
tidak lapar, cuma kasihankan Fakree yang tidak pernah kenal erti kenyang. Izz bangkit dari duduknya dituruti Fakree,
Firas dan Adri.
“Kita nak makan kat mana, bang?” Soal Fakree.
“Oleh kerana Fakree yang lapar, Fakree pilihlah
tempat. Abang follow je.”

No comments:
Post a Comment