Yang Banyak Orang Reach..

Mini Novel: Cinta Di Sebalik Purdah 4



IZZ terjaga sebaik terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya.  Keadaan bilik yang gelap menyukarkan Izz untuk mencari gajetnya itu.  Tangan Izz terus meraba ke bawah bantal.  Selalunya gajet itu diletakkan di bawah bantal.

Mata Izz disepetkan sedikit.  Silau dek cahaya gajet itu.  Nama yang terpampang di skrin dibaca.  Sebentar kemudian butang menjawab panggilan ditekan.

“Hello,” perlahan sahaja suara Izz menjawab panggilan.

“Bro, tak masuk office ke?” soalan yang dilontarkan membuatkan Izz spontan memandang ke arah jam yang terletak di atas meja komputer berdekatan katilnya.  Izz menepuk dahi.  Jam 9.15 pagi.

“Bro, aku tak masuk office la hari ni.  Dah lewat ni.  Lagipun petang nanti aku nak gerak ke Melaka.  So, kau anggap macam aku ambil emergency leave je la ya.”

“Melaka? Buat apa?”

“Arahan mandatori daripada Datin Faridah.  You know her, kan?”

Saufi mengangguk mendengar jawapan daripada Izz.  Kadang-kadang dia sendiri kasihan melihat teman baiknya itu.  Masakan tidak, mereka sebaya tetapi Saufi sudah mempunyai tiga orang anak, sedangkan Izz?  Masih tercari-cari.

Bukan Izz tidak pernah bercinta.  Tetapi sudah menjadi lumrah apabila bergelar anak orang berada.  Kalau tidak si lelaki yang permainkan hati si perempuan, sebaliknya pasti akan berlaku.  Saufi menggeleng sendiri.

“So, petang ni kau drive sendiri ke?”

“Aku naik bas, bro.”

Saufi menampar pipinya.  Sakit!

“Aku tak mimpi, kan?”

“Sungguhlah ni!  Aku naik bas!”

“Okay then.  Petang nanti aku hantar kau ke sentral.  Okay?”

Talian dimatikan sebaik sahaja janji temu diatur.  Izz bingkas bangun.  Beg pakaiannya masih belum disediakan.  Sedang memunggah pakaian untuk dibawa, pintu bilik Izz diketuk.  Cepat Izz membukanya.

“Mum.”

“Tidur?”  Izz tersengih dengan agakan ibunya.  Datin Faridah mencubit pipi anak lelaki tunggalnya itu.

“Mum dah pesan, kan?”

“Sorry mum.  Izz tak sengaja.  Tak tahu kenapa letih sangat lepas solat subuh tadi.”

Datin Faridah menggeleng.  Ada sahaja alasan yang Izz berikan.

“Ini sahaja baju yang kamu nak bawa?” Izz mengangguk.

“Mum nak suruh Izz tinggal sana berapa lama?”  Izz menduga.  Melihat ibunya tersenyum, dia ketawa.

“Mum tolong lipatkan baju-baju ni sekejap boleh?  Izz nak mandi kejap,”  mata Izz dikenyitkan sebelah.  Datin Faridah yang sememangnya sedang melipat pakaian anak bujangnya itu menjuirkan bibir.  Izz mengucup pipi wanita itu lantas mencapai tuala dan menghilangkan diri ke bilik air.

+++

SEAWAL jam 9 lagi Iris dan Mak Temah sudah berada di klinik.  Hari ini Mak Temah perlu berjumpa dengan doktor.  Sejak kebelakangan ini tekanan darah Mak Temah melebihi paras normal.  Bermula sejak Mak Temah jatuh demam kelmarin.  Ini janji temu ketiga untuk Mak Temah.

Klinik pagi itu tidak ramai orang.  Namun, kerana pengurusan yang tidak secergas biasa membuatkan ramai pesakit tertunggu-tunggu.

“Lambat pula nama mak dipanggil hari ni.  Kesian Iris.  Tentu kamu penat memandu dari jauh,” riak wajah Mak Temah mula berubah.  Seperti kesal kerana menyusahkan gadis itu.

“Tak apa mak.  Iris tak penat pun.  Malam tadi Iris dah tidur awal.  Mak jangan risau ya.”

Iris menyentuh bahu Mak Temah, lembut.  Mak Temah kembali senyum mendengar hujah Iris.  Bimbang benar jika dia telah menyusahkan gadis itu.

+++

“Abang nak Acu bagi hint tak?” Izzah menyoal abangnya menerusi telefon.  Hari ini dia memandu sendiri dari rumah Dato’ Rahimi ke tempat kerja.  Selalunya Iris ada menemaninya.

“Alah, tak payahlah Acu.  Abang ada power tau, sampai sana nanti, abang kelip-kelip mata je dengan awek-awek yang lalu, confirm melekat!”

“Aah.  Lepas tu jadi macam mak cik seorang tu! Kerjanya menghabiskan duit abang, menipu abang.  Eii abang, seriklah sikit!”

Izz tersengih mendengar bebelan adik bongsunya.  Jarak umur antara mereka hanya 5 tahun, dipisahkan oleh Syarliena yang muda tiga tahun daripada Izz.

“Macam mak nenek!”

“Acu remind je.  Kalau abang tak mahu dengar, terserah.  Acu malas nak campur dah,” hambar.

“Adik abang merajuk ya?” tiada sahutan. “Iya, iya.  Abang dengar nasihat Acu.  Don’t worry ya?”

Izz mematikan talian sebaik sahaja adiknya meminta izin untuk menyiapkan tugas.  Dia menyambung kerja-kerja mengemas pakaian.  Datin Faridah sengaja meninggalkan sedikit tugas untuk anak bujangnya itu.  Tidak terlalu memanjakan.

2 comments:

Anonymous said...

Laa, gap lima tahun. Patot lah comel and manja betol Izzah ni dengan abang dia.

SyaCha Abdullah said...

;)