IRIS terjaga. Dia
mencari telefon bimbitnya yang tadi diletakkan di atas meja sisi. Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Iris bangkit dari pembaringannya. Dia menuju ke arah bilik air.
Dingin subuh itu menemani Iris bertemu dengan
Tuhannya. Iris berteleku di atas tikar
sembahyang. Mulutnya terkumat-kamit
membaca sesuatu. Jemari halusnya pantas
menekan butang pada tasbih digital yang Irsyad berikan padanya beberapa tahun lalu.
Tiba-tiba air mata Iris mengalir ke pipi mulusnya. Wajah umi menerpa ke ruangan minda. Sudah hampir 20 tahun umi meninggalkannya. Ketika itu Iris baru sahaja menjejakkan
kakinya ke alam persekolahan. Di hari
pertama dia berada di bangku tadika, dia mendapat berita buruk itu. ‘Umi, Iris rindu umi.’
+++
AZAN Subuh yang berkumandang dari surau berdekatan
mengejutkan Izz. Dia bangun dan terus
mencapai tualanya. Selalunya Izz memang
terjaga sebaik terdengar laungan azan.
Usai membersihkan diri, Izz menyarung baju melayu yang tergantung di
dalam almari dan mengenakan kain sarung.
Kopiah putih dicapai dan terus keluar daripada bilik tidurnya.
“Dad, jom.”
Izz mengajak Dato’ Rahimi yang sedang menunggunya. Mereka berjalan beriringan menuju ke surau
yang memanggil mereka untuk bersujud bersama jemaah lain.
“Assalamualaikum, Dato’,” sapa seorang jemaah surau yang
baru sahaja melangkah keluar daripada pagar rumahnya. Dato’ Rahimi menyalami lelaki itu, Izz
menurut tingkah ayahnya.
“Lama tak nampak Pak Said di surau. Sibuk ke?”
Izz memulakan perbualan.
“Pak Said jaga orang rumah tu ha. Dah dua, tiga minggu ni kerap sakit-sakit
pula. Risau Pak Said dibuatnya,” keluh
Pak Said.
“Pak Said dah bawa dia ke klinik ke?” tanya Dato’
Rahimi. Prihatin.
“Sudah Dato’.
Kelmarin saya dah bawa dia ke klinik.
Alhamdulillah, sekarang keadaannya dah mula stabil.”
Dato’ Rahimi mengangguk-angguk.
“Jemput masuk dad, Pak Said.”
Izz membuka pagar masjid dan memberi laluan kepada Pak
Said dan ayahnya, kemudian dia menuruti langkah mereka.
+++
IRIS mengetuk pintu bilik Izzah perlahan. Cukup untuk mengejutkan gadis itu. Tidak mahu penghuni lain menyedari
tingkahnya. Di dalam bilik, Izzah
terpisat-pisat bangun dan memetik suis lampu.
Beberapa ketika kemudian, cahaya lampu menerangi kegelapan
biliknya. Izzah membuka pintu.
“Kak Iris ...,” suara Izzah dimatikan di situ. Kantuknya masih bersisa. Iris memegang kedua-dua belah pipi Izzah.
“Kak Iris! Sejuklah!”
Pantas Iris menekup mulut Izzah. Dia ketawa terkekeh-kekeh.
“Bangun. Dah
subuh. Kejap lagi Kak Iris dah nak
bertolak.”
Izzah mencari jam di dinding.
“Awalnya! Kata nak
gerak tengahari?”
Iris mengangguk.
“Mak telefon awal pagi tadi. Hari ni mak ada appoinment dengan doktor.
Irsyad ada kelas. Jadi, Kak Iris
kena bawa mak ke klinik,” kali ini giliran Izzah mengangguk.
+++
IZZ menerjah ke arah katilnya. Entah mengapa hari ini rasa kantuknya tidak
mahu pergi. Selalunya, seusai solat
subuh Izz sudah segar. Izz memandang ke
arah siling yang sedikit berukir. Dia
memerhatikan ukiran itu sedalam-dalamnya.
Tangan kirinya bergerak sendiri tanpa kawalan. Seolah-olah sedang melakar ukiran tersebut di
atas angin. Akhirnya dia terlelap.
Di ruang tamu, kelihatan Izzah, Dato’ Rahimi, Datin
Faridah dan Syarliena sibuk menghantar Iris ke muka pintu.
“Iris tak mahu makan sikit dulu ke? Mum ambilkan roti sikit,” perlahan suara
Datin Faridah masuk ke pendengaran Iris.
Dia lebih gemar mengaku dirinya sebagai mum kepada Iris. Lebih mesra katanya.
“Tak apalah, Datin.
Saya belum lapar lagi. Lagi pun
saya dah ada bekal makanan dalam kereta.
Kalau lapar nanti saya makan.
Terima kasih, Datin.”
Iris masih kekok hendak memanggil wanita itu sebagaimana
dia menggelar dirinya. Melihat Datin
Faridah mengangguk, Iris meminta izin untuk pulang. Bimbang jika lewat sampai ke Melaka
nanti. Temujanji mak dengan doktor jam 9
pagi. Selesai menyalami keluarga itu,
Iris melangkah ke kereta yang sudah dihidupkan enjinnya sebentar tadi. Dia memulakan perjalanan dengan lafaz
Basmalah.

6 comments:
ai bagi terbaek!!!!kesian kt iris.. mesti rindu gile ngan mak die..
wuhuuuu... thanks kak rin! ;)
beshhh, tpi pendek sngt, alahai xsbr rasanye....
thanxs cik writer
;) terima kasih zawani... since cerita pon pendek-pendek, saya akan usahakan supaya progressnya tak terlalu slow ;) no worries okey ;)
Uikss, rasa macam misteri je cerita ni sebab entry pendek. hehe. Izz kenal ke dengan Iris?
hint sikit.. Iris dan Izz tak saling mengenali.. tapi, keluarga Izz kenal dengan Iris, sebab Iris bekerja dengan mereka.. Izz tak sepejabat dengan mereka ;)
Post a Comment