Yang Banyak Orang Reach..

Mini Novel: Cinta Di Sebalik Purdah 2



IRIS memandu perlahan menuju ke rumah Dato’ Rahimi dan Datin Faridah.  Seperti yang dijanjikan dengan Izzah, mereka bertolak sesudah siap menunaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah.  Kali ini Iris memberi peluang untuk Izzah berehat di sebelah kerusi pemandu.

Izzah tidak boleh memandu malam.  Cahaya lampu kereta dari arah depan akan mengganggu pemanduannya.  Pernah dahulu kereta yang dipandu Izzah terbabas ke kiri jalan apabila cahaya yang terlalu terang menerjah masuk ke dalam anak matanya.  Habis remuk bahagian depan keretanya akibat terlanggar pokok.  Mujur cedera Izzah tidak terlalu parah.

Lamunan Izzah terhenti apabila terdengar lafaz Istirja’ terpacul daripada mulut Iris.  Spontan dia menoleh ke arah Iris yang sedang khusyuk memandang sesuatu.  Reaksi Iris itu menggamit Izzah untuk turut memandang ke arah yang sama.  Serta-merta mata Izzah terbeliak.  Kelihatan dua buah kereta sudah tersadai di bahu jalan.  Sebuah daripadanya remuk teruk di bahagian hadapan dan penumpangnya sudah berdiri di luar.  Mungkin mereka sedang berbincang tentang kemalanganyang menimpa mereka sementara menunggu kedatangan anggota polis.

“Teruknya!”

Hanya sepatah kata yang terkeluar dari mulut Izzah.

“Minta kita dijauhkan daripada kecelakaan begini.”

Izzah mengangguk membenarkan kata-kata Iris kemudian membenarkan Iris memberi tumpuan kepada pemanduannya.  Dia kembali menyandarkan tubuhnya.

+++

“ASSALAMUALAIKUM, mum, dad,” suara izzah nyaring menyapa isi rumah keluarganya.

“Waalaikumussalam.  Haa, dah sampai pun kamu berdua.  Lama kami tunggu.  Nasi pun dah naik sejuk dah.”

Datin Faridah menyahut sapaan dua gadis yang sejak tadi ditunggu kehadirannya.  Tangan dua gadis yang dihulur sejak tadi disambut.

“Mari masuk.  Dad pun dah lama menunggu tu.  Dad bukan boleh tahan lapar tu.  Buruk mukanya nanti!” seloroh Datin Faridah.

“Haa, apa yang digosipkan lagi tu.  Mari masuk.  Dad dah lapar ni,” tawa Izzah, Iris dan Datin Faridah pecah apabila mendengar sahutan daripada Dato’ Rahimi.  Kemudian mereka mengatur langkah ke meja makan.  Iris melangkah ke dapur untuk meletakkan buah tangan yang dibawanya setelah mendapat izin daripada keluarga itu.

“Mum, dad ... Izz tak makan di rumah malam ni.  Nak keluar sekejap jumpa kawan,” tegur Izz saat keluarganya sedang mengatur duduk di meja makan.

“Abang balik pukul berapa nanti?” tanya Izzah.

“Mungkin lewat sedikit.  Kenapa?”

“Nothing.” Izzah bangkit untuk menyalami abangnya.  Dia turut mengucupi pipi abangnya itu.  Mesra.  Memang Dato’ Rahimi didik mereka begitu.

“Okey.  Abang pergi dulu.  Mum, dad ... Izz pergi dulu ya.”

Izz mengenyitkan sebelah matanya.

“Jangan balik lewat sangat!” arah Datin Faridah.

“Okey.  Before 12,” sekali lagi Izz mengenyitkan sebelah matanya.  Dia perlu cepat.  Tiba-tiba sahaja Herlina menghubunginya untuk berjumpa.

+++

TEPAT jam 11.30 malam.  Izz memarkir keretanya di garaj yang tersedia.  Pelik melihat Proton Exora terparkir di sebelah kereta ayahnya.  Semasa keluar tadi langsung dia tidak perasan akan kewujudan kenderaan serbaguna itu.  Mungkin kerana terlalu kalut mengejar masa untuk bertemu dengan Herlina.

Izz membiarkan kewujudan kenderaan itu menjadi persoalan di mindanya.  Dia menapak ke arah pintu rumah banglo tiga tingkat itu.  Gelap.  Agaknya seluruh isi rumah sudah lena dibuai mimpi.  Izz menatap ke muka jam.  Masih awal bagi orang muda sepertinya.  Tetapi dia perlu pulang awal kerana janjinya.  Juga kerana dia perlu ke Melaka atas arahan kedua-dua orang tuanya.  Katanya untuk mencari jodoh.

Tadi ketika berjumpa dengan Herlina, Izz dihujani dengan rayuan perempuan itu.  Katanya dia mencintai Izz sepenuh hati.  Kata Herlina lagi, dia sudah memutuskan hubungannya dengan Nazri.  Dia sanggup melakukan apa sahaja supaya Izz menerima dia semula.  Mujur ketika Herlina merayu, Saufi ada bersama.  Jika tidak, sudah tentu Izz hanyut dengan pujuk rayu perempuan itu.

‘Ahh, Izz Rizqin, forget it! Fokus pada arahan mum and dad sekarang!’

6 comments:

zm said...

harap nanti ada kesempatan nk baca mcm mana izz ngan iriss bcinta, aritu dlm cerpen pendek sangat.... besh la, sya suka

SyaCha Abdullah said...

thanks zawani... psst, part tu maybe saya slow sikit... sebab nak kena ambil feel... saya pun tak pernah rasa macam mana bercinta ;) tapi i'll try my best ;)

RinsyaRyc said...

best! best!rasa relaks aje baca cite ni... pernah gak tertengok satu kemalangan ngeri .. heuwww.. tengah mlm mimpi buruk =/

SyaCha Abdullah said...

Kak Rin: Cha pun pernah gak masa form 2 dulu. Motor lawan dengan lori panjang tu *tak reti eja*... bersepah darah! Since that day, Cha geli tengok darah banyak2 ;)

Anonymous said...

Hmm, i wonder. Masa Iris makan, dia bukak tak purdah dia depan parents Izzah? Alolo, comel la Izzah cium pipi Abang dia. Rasa macam budak kecit pulak xD Umur Izz berapa eh?

SyaCha Abdullah said...

sure la takk.. cara yang sama dilakukan oleh wanita-wanita berpurdah ketika menghadiri walimah.. mereka tak buka purdah mereka, tapi tetap makan macam biasa.. selalunya, mereka akan selak sedikit purdah mereka untuk memberi laluan kepada tangan ;)