IRIS memandu perlahan menuju ke rumah Dato’ Rahimi dan
Datin Faridah. Seperti yang dijanjikan
dengan Izzah, mereka bertolak sesudah siap menunaikan tanggungjawab mereka
sebagai hamba Allah. Kali ini Iris
memberi peluang untuk Izzah berehat di sebelah kerusi pemandu.
Izzah tidak boleh memandu malam. Cahaya lampu kereta dari arah depan akan
mengganggu pemanduannya. Pernah dahulu
kereta yang dipandu Izzah terbabas ke kiri jalan apabila cahaya yang terlalu
terang menerjah masuk ke dalam anak matanya.
Habis remuk bahagian depan keretanya akibat terlanggar pokok. Mujur cedera Izzah tidak terlalu parah.
Lamunan Izzah terhenti apabila terdengar lafaz Istirja’
terpacul daripada mulut Iris. Spontan
dia menoleh ke arah Iris yang sedang khusyuk memandang sesuatu. Reaksi Iris itu menggamit Izzah untuk turut
memandang ke arah yang sama. Serta-merta
mata Izzah terbeliak. Kelihatan dua buah
kereta sudah tersadai di bahu jalan.
Sebuah daripadanya remuk teruk di bahagian hadapan dan penumpangnya
sudah berdiri di luar. Mungkin mereka
sedang berbincang tentang kemalanganyang menimpa mereka sementara menunggu
kedatangan anggota polis.
“Teruknya!”
Hanya sepatah kata yang terkeluar dari mulut Izzah.
“Minta kita dijauhkan daripada kecelakaan begini.”
Izzah mengangguk membenarkan kata-kata Iris kemudian
membenarkan Iris memberi tumpuan kepada pemanduannya. Dia kembali menyandarkan tubuhnya.
+++
“ASSALAMUALAIKUM, mum, dad,” suara izzah nyaring menyapa
isi rumah keluarganya.
“Waalaikumussalam.
Haa, dah sampai pun kamu berdua.
Lama kami tunggu. Nasi pun dah
naik sejuk dah.”
Datin Faridah menyahut sapaan dua gadis yang sejak tadi
ditunggu kehadirannya. Tangan dua gadis
yang dihulur sejak tadi disambut.
“Mari masuk. Dad
pun dah lama menunggu tu. Dad bukan
boleh tahan lapar tu. Buruk mukanya
nanti!” seloroh Datin Faridah.
“Haa, apa yang digosipkan lagi tu. Mari masuk.
Dad dah lapar ni,” tawa Izzah, Iris dan Datin Faridah pecah apabila
mendengar sahutan daripada Dato’ Rahimi.
Kemudian mereka mengatur langkah ke meja makan. Iris melangkah ke dapur untuk meletakkan buah
tangan yang dibawanya setelah mendapat izin daripada keluarga itu.
“Mum, dad ... Izz tak makan di rumah malam ni. Nak keluar sekejap jumpa kawan,” tegur Izz
saat keluarganya sedang mengatur duduk di meja makan.
“Abang balik pukul berapa nanti?” tanya Izzah.
“Mungkin lewat sedikit.
Kenapa?”
“Nothing.”
Izzah bangkit untuk menyalami abangnya.
Dia turut mengucupi pipi abangnya itu.
Mesra. Memang Dato’ Rahimi didik
mereka begitu.
“Okey. Abang pergi
dulu. Mum, dad ... Izz pergi dulu ya.”
Izz mengenyitkan sebelah matanya.
“Jangan balik lewat sangat!” arah Datin Faridah.
“Okey. Before 12,” sekali lagi Izz mengenyitkan sebelah matanya. Dia perlu cepat. Tiba-tiba sahaja Herlina menghubunginya untuk
berjumpa.
+++
TEPAT jam 11.30 malam.
Izz memarkir keretanya di garaj yang tersedia. Pelik melihat Proton Exora terparkir di
sebelah kereta ayahnya. Semasa keluar
tadi langsung dia tidak perasan akan kewujudan kenderaan serbaguna itu. Mungkin kerana terlalu kalut mengejar masa
untuk bertemu dengan Herlina.
Izz membiarkan kewujudan kenderaan itu menjadi persoalan
di mindanya. Dia menapak ke arah pintu
rumah banglo tiga tingkat itu.
Gelap. Agaknya seluruh isi rumah
sudah lena dibuai mimpi. Izz menatap ke
muka jam. Masih awal bagi orang muda
sepertinya. Tetapi dia perlu pulang awal
kerana janjinya. Juga kerana dia perlu
ke Melaka atas arahan kedua-dua orang tuanya.
Katanya untuk mencari jodoh.
Tadi ketika berjumpa dengan Herlina, Izz dihujani dengan
rayuan perempuan itu. Katanya dia
mencintai Izz sepenuh hati. Kata Herlina
lagi, dia sudah memutuskan hubungannya dengan Nazri. Dia sanggup melakukan apa sahaja supaya Izz
menerima dia semula. Mujur ketika
Herlina merayu, Saufi ada bersama. Jika
tidak, sudah tentu Izz hanyut dengan pujuk rayu perempuan itu.
‘Ahh, Izz Rizqin, forget
it! Fokus pada arahan mum and dad
sekarang!’

6 comments:
harap nanti ada kesempatan nk baca mcm mana izz ngan iriss bcinta, aritu dlm cerpen pendek sangat.... besh la, sya suka
thanks zawani... psst, part tu maybe saya slow sikit... sebab nak kena ambil feel... saya pun tak pernah rasa macam mana bercinta ;) tapi i'll try my best ;)
best! best!rasa relaks aje baca cite ni... pernah gak tertengok satu kemalangan ngeri .. heuwww.. tengah mlm mimpi buruk =/
Kak Rin: Cha pun pernah gak masa form 2 dulu. Motor lawan dengan lori panjang tu *tak reti eja*... bersepah darah! Since that day, Cha geli tengok darah banyak2 ;)
Hmm, i wonder. Masa Iris makan, dia bukak tak purdah dia depan parents Izzah? Alolo, comel la Izzah cium pipi Abang dia. Rasa macam budak kecit pulak xD Umur Izz berapa eh?
sure la takk.. cara yang sama dilakukan oleh wanita-wanita berpurdah ketika menghadiri walimah.. mereka tak buka purdah mereka, tapi tetap makan macam biasa.. selalunya, mereka akan selak sedikit purdah mereka untuk memberi laluan kepada tangan ;)
Post a Comment