Yang Banyak Orang Reach..

Mini Novel: Cinta Di Sebalik Purdah 5



IZZ menikmati hidangan tengahari yang dipesan.  Suasana di restoran itu agak sibuk.  Pelayan ke hulu dan ke hilir menghantar pesanan.  Ada juga beberapa orang pelanggan sedang beratur untuk menjelaskan bil.  Mata Izz sibuk memerhati sekeliling.  Khuatir jika tiba-tiba perempuan itu muncul.

Jam di tangan menunjukkan hampir 1.30 tengahari.  Tidak pelik jika restoran ini mula dipenuhi pengunjung.  Berhadapan dengan restoran, deretan rumah kedai gah berdiri.  Bangunan yang baru sahaja dibangunkan.  Di situlah terletaknya pejabat Izz. 

Dato’ Rahimi membeli satu deret rumah kedai itu dan disewakan kepada golongan bumiputra yang mahu memulakan perniagaan.  Sengaja dia lakukan begitu kerana tahu bayaran sewa yang dikenakan oleh pemilik bangunan sudah tentu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh peniaga kecil.  Dato’ Rahimi hanya mahu membantu anak-anak bangsanya untuk menjadi lebih maju.

Kelibat Saufi dicari.  Izz tidak suka orang yang tidak menepati masa, dan Saufi, rakan karibnya, selalu menguji kesabarannya.  Jarum panjang jam mula menginjak ke angka tujuh.  Hidangan tengahari Izz sudah luak hingga menampakkan sebahagian pinggan.  Air suam juga sudah tinggal suku cawan.  Untuk makan tengahari, Izz lebih gemar mengambil air suam berbanding air sejuk.  Saufi selalu menyatakan yang Izz kedekut kerana terlalu ingin berjimat.  Tetapi Izz menafikan.

Dari jauh Saufi sudah menayangkan baris giginya yang putih.  Dia tahu hati Izz sudah mula panas atas kelewatannya.  Saufi terus melangkah ke arah Izz yang sedang menunggu.

“Lewat lima minit! Kau bayar semua yang aku makan!”

Di belakang Saufi, seorang wanita tergelak halus.  Suraya, isteri Saufi.

Sorrylah bro.  Aku pergi jemput Sue tadi,”  lirik mata Saufi dihalakan kepada Suraya.  Suraya tersenyum.

“Nasib baik Sue senyum kat aku tau.  Sejuk hati aku tengok dia senyum.”

“Ceh, nasib baik juga kau kawan aku! Kalau tak, kau bukan setakat makan sup tulang ni, tapi dengan mangkuk ni sekali aku sumbat dalam mulut kau, tahu!”

Saufi membalas usikan Izz sambil menarik kerusi untuk isterinya.  Suraya duduk pada kerusi yang dihulurkan oleh Saufi.  Saufi duduk di sebelah kanan Suraya, berhadapan dengan Izz.

So, bro, you sudah makan, you kasi I order dululah, ya?  I lapar.  Nanti you tolong bayar untuk I sekali ya?” kata-kata Saufi mengundang cemberut pada wajah Izz.  Suraya menggeleng mendengar gonjakan suaminya. 

‘Sudahlah lambat! Suruh aku bayar pula!’ Saufi berbisik sendiri.

+++

“YES, makananan wa sudah sampai.  Wa makan dulu.” Saufi menggiat Suraya.

“Sekejap lagi makanan wa pun sampai ma.” Suraya tidak mahu kalah.  Izz hanya menggeleng.  Gaya mereka tidak pernah berubah.  Sejak dari mula berkenalan hinggalah sudah mempunyai tiga orang anak.  Izz tersenyum melihat kebahagiaan kedua-dua rakan karibnya ini.

“Eh, Izz, apa cerita ya ‘gadis pujaan’ hati kau tu?” Saufi tiba-tiba bertanya sambil dua jari telunjuknya digerak-gerakkan.  Tanda kiasan dalam soalannya itu.  Izz tersenyum.  Dia menggeleng kepalanya berkali-kali.  Kecewa mengenangkan kisah itu.

Chilllah bro!  Kau handsome ma.  Kau boleh dapat awak yang lagi cun nak dibandingkan dengan perempuan tu lah!” Suraya mengangguk-angguk tanda setuju dengan kenyataan suaminya.

“Bukan masalah handsome tak handsome, bro.  Entahlah.  Aku frust sebenarnya.  Kecewa!  Kenapa dia tipu aku?  Tu yang aku tak boleh terima.”  Tangan Izz ligat memainkan sudu yang digunakan sebentar tadi.

“Alah, biasalah.  Perempuan! Diorang tak macam bini aku ni!”  Saufi sengaja menyelitkan gurauan.  Tidak mahu melihat wajah tegang kawan baiknya itu.

“Nasib baik Sue tak boleh kahwin dua, tahu.  Kalau tak, aku rela dimadukan.  Demi kau, bro! Aku sanggup!”

Kenyataan Saufi kali ini mengundang tawa Izz dan Suraya.  Memang sejak di bangku sekolah lagi Saufi pandai menyenangkan hati Izz yang seringkali dilanda gelisah.

Thanks, bro!  Kau lah kawan aku.  Dunia akhirat! Insyaallah!”

“Insyaallah!”

+++

SUASANA di Pudu Sentral agak sesak petang itu.  Sengaja Izz memilih untuk mengambil bas daripada Pudu Sentral.  Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya di tempat itu.  Kali terakhir dia menjejakkan kakinya di situ ketika tempat itu masih lagi dalam proses untuk menaiktaraf.

Kelihatan ramai orang yang beratur untuk menaiki bas.  Tidak kurang juga bilangan ahli keluarga yang menghantar mereka.  Izz menuju ke kaunter untuk mengambil tiket yang sudah di tempah sejak awal lagi.  Bas akan bergerak pada jam 4 petang.  Asar masuk jam 4.32 petang, setelah bas bertolak.  Cadang Izz, dia akan mengqasarkan solatnya sebaik tiba di Melaka Sentral kelak.

Sepanjang perjalanan, Izz memerhati gelagat penumpang bas tersebut.  Ada yang termenung.  Ada yang sibuk menikmati keindahan alam di sepanjang perjalanan.  Izz menyumbat telinganya dengan fon telinga yang disambung terus kepada MP3.  Senarai lagu kegemarannya dimainkan.  Akhirnya Izz terlena.


4 comments:

RinsyaRyc said...

aku pun salu tido asal naik bas, automatik mata aku tertutup . mak aku marah weyh . dia kata bahaya .. he he

SyaCha Abdullah said...

ekekekeke... same ler kite... Cha ni, jangan kata naik bas... segala kenderaan pon Cha tido! ;)

Anonymous said...

Err, sapa yang Izz nak tuh? Iris ke? Kelakar lah part kat restoran tuh. Hahaha!

SyaCha Abdullah said...

jeng jeng jeng.. ;)