Yang Banyak Orang Reach..

Mini Novel: Cinta Di Sebalik Purdah 6




MELAKA Sentral jam 6.15 petang.  Izz berkejar-kejar menunggu ke surau.  Dia mengambil langkah untuk mengikut arah yang ditunjukkan oleh papan tanda.  Dia bukan jenis yang suka bertanya orang jika sedang mencari sesuatu.

Izz terus menerobos masuk ke surau dan melaksanakan tanggungjawabnya.  Seusai solat, Izz menyeluk poket seluar untuk mencapai telefon bimbit.  Dia melihat semula waktu pada skrin kecil itu.  6.45 petang, bas terakhir selalunya pada jam 6.30 petang.  Izz terlewat 15 minit.  Dia mendail seseorang.

“Assalamualaikum.  Pak Cik Ramlan ke?”

“Waalaikumussalam.  Ya saya Ramlan.  Ni siapa ya?”

“Pak cik, saya Izz.  Saya sekarang berada di Melaka Sentral.  Hendak ke Kampung Cendana, tapi bas terakhir dah bertolak.  Boleh tak pak cik datang ambil saya?”

“Oh, macam tu.  Boleh, boleh.  Kamu tunggu di pintu utama ya.  Pak cik datang ambil kamu di sana.”

“Terima kasih, pak cik.”

Izz mematikan talian dan terus mengatur langkahnya ke pintu utama.  Pelik.  Tadi dia nampak tempat parkir teksi di pintu belakang, tetapi Pak Cik Ramlan meminta dia untuk tunggu di pintu utama.

Ruang legar Melaka Sentral tidak begitu padat dengan orang.  Tidak seperti ketika berada di bahagian dalam.  Izz berdiri pada satu tiang.  Dia menyandarkan tubuh di situ.  Telefon bimbit di keluarkan.  Dia menaip mesej dan menghantarkan kepada seseorang.

Tidak sampai tiga minit berdiri di situ, sebuah teksi berhenti di hadapan Izz.

“Kamu ke yang telefon pakcik tadi?” Izz memandang sekeliling.  Hanya dia sahaja yang tercegat di situ.

“Pak Cik Ramlan?” Izz bertanya sambil tangannya menunjuk ke arah pemandu teksi tadi.  Melihat pemandu teksi itu mengangguk, Izz tersenyum.  Dia menapak ke arah lelaki yang separuh umur itu.

“Saya Izz.”  Izz memperkenalkan diri.

“Nasib baik betul orangnya.  Kamu nak ke mana tadi?”

“Kampung Cendana, pak cik.  Jauh ke?”

“Jauh juga.  Sekarang dah hampir pukul 7.  Ikutkan pak cik dah kena balik rumah ni.  Tapi tak apalah.  Pak cik hantar kamu dulu.  Mari naik.”

“Kalau susahkan pak cik, saya cari teksi lain pun tak apa.”

“Tak susah pun.  Mari naik.”
+++

“PERJALANAN dari sini ke kampung tu berapa lama ya, pak cik?”

“Dalam 20 minit jam kalau bawa laju.  Kamu nak cepat ke?”

“Bukan begitu.  Dah pukul 7 ni.  Kalau perjalanan 20 minit, nanti Maghrib pak cik macam mana?  Saya tak apa, boleh jama’.”

Pak Cik Ramlan tersenyum. ‘Bukan senang nak jumpa anak muda seperti ini.’

“Lepas hantar kamu nanti, pak cik singgah di mana-mana masjid.  Jangan risau.  Kita gerak sekarang ya?”

Izz mengangguk.

+++

DARI jauh kelihatan sekumpulan kanak-kanak.  Mereka sudah bersiap-siap hendak pulang ke rumah masing–masing.  Izz mengarahkan Pak Cik Ramlan untuk berhenti berdekatan dengan kanak-kanak itu.

Izz turun sebaik sahaja melangsaikan tambangnya.  Dia merapati kanak-kanak yang sudah berada di atas basikal masing-masing.  hanya dua orang sahaja yang menumpang di tempat duduk belakang basikal kawannya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikussalam.  Ya, abang cari siapa?” seorang kanak-kanak gempal mewakili rakannya menjawab sapaan Izz.

“Nama abang, Izz.  Abang datang dari Kuala Lumpur.  Nak cari Rumah Tok Ketua.  Adik tahu tak rumahnya?”

“Oh, rumah tok ketua kami tahu.  Mari kami tunjukkan.  Sehala dengan rumah kami.  Jom.”

Izz menarik nafas lega.  Kurang sedikit beban yang ditanggung.  Mujur kanak-kanak ini belum pulang ke rumah mereka ketika Izz tiba.  Jika tidak, susah Izz hendak mencari rumah itu.  Kata ayahnya, Tok Ketua tinggal bersama isterinya.  Hanya itu yang petunjuk yang diberikan.  Berapa ramai lelaki yang tinggal dengan isterinya di kampung ini?  Izz menggeleng ketika teringat kata-kata ayahnya itu.

3 comments:

RinsyaRyc said...

a'oh .. ha ha ha ... ayah dia tu blurr gak . memng la bnyak yg tinggal dngan bini dia . =.=" Bhahaha...
Nenenext entri >_< Plis... *mcm dah mndsak sngt pulak .. hi ho~ ai tunggu tau cha...

SyaCha Abdullah said...

wink2... ;) thanks! memang nak kena sekeh kan ayah dia... *emo sendiri* tengah proses Bab 9 neh... ;)

Anonymous said...

Aahahah, itu je hint yang ayah dia bagi? kehkeh. Seb bek ada bebudak tuh xD