Syamira merupakan anak tunggal
kepada pemilik Syamira’s Corporation. Sejak kehilangan kedua-dua ibu dan
bapanya, Puan Sri Ayuni dan Tan Sri Madiah, Syamira dibesarkan oleh keluarga
Dato’ Suhaimi yang juga merupakan rakan kongsi papanya. Namun, Syamira langsung
tidak mengetahui perihal dirinya. Keluarga Dato’ Suhaimi melayannya
dengan baik. Amanah yang diberikan oleh Tan Sri Madiah kepada Dato’
Suhaimi disimpan utuh. Dato’ Suhaimi langsung tidak mahu mengkhianati
janjinya kepada sahabat karibnya itu.
Perasaan cemburu bergelut di
hati Muhtazah, anak bongsu Dato’ Suhaimi. Dia tidak pernah berpuas hati
dengan apa yang dia miliki. Dia mahukan lebih daripada itu. Dia
cuba merampas segala harta yang bakal diserahkan kepada Syamira. Lakonan
demi lakonan ditayangkan. Syamira yang sangat mempercayai dan menyayangi
Muhatazah langsung tidak melahirkan sedikit syak wasangka terhadap lelaki itu.
Muhtazah mengatur rancangan
gila dengan meminta Bazli berkomplot dengannya. Muhtazah meminta Bazli
mengahwini Syamira. Bazli yang ketika itu berselimut dengan perlbagai
masalah kewangan menerima tawaran Muhtazah yang berjanji akan membayarnya
dengan sejumlah wang yang besar.
Hati
Muhtazah bertambah sakit tatkala dia mengetahui perihal ayahnya yang mengambil
anak angkat daripada Rumah Anak-anak Yatim Al-Farabi. Muhtazah terpaksa
menambahbaikan lakonannya supaya tidak dihidu oleh keluarganya. Dia
merancang sesuatu untuk menyingkirkan Fareeq dan Fadlan.
No comments:
Post a Comment