SYAFIQ
leka bersama gajetnya. Laungan azan
menerusi corong radio langsung tidak diendahkan. Jemarinya ligat menari di atas skrin sentuh
gajetnya itu. Watak pahlawan ligat
bergerak seligat jemari Syafiq. Seluruh
anggota badan lawannya dipukul teruk.
Pintu
bilik diketuk bertalu-talu dari luar.
Syafiq menggaru kepala yang tidak gatal.
Rimas bila konsentrasinya diganggu.
“Masuk,”
wajah Puan Sri Saihah terjengul di muka pintu.
“Fiq,
jom turun makan. Sekejap lagi boleh
solat berjemaah.”
“Siapa
je yang ada?”
“Semua
ada, sayang. Jom!”
“Sameer?” Puan Sri Saihah mengangguk.
“Malaslah
Fiq. Nanti mesti dia provok Fiq lagi.”
“Lydia
pun ada, sayang. Jom! Fiq tak pernah jumpa Lydia lagi kan?”
“Ala,
malaslah, mama. Fiq bosanlah. Fiq nak balik Ohio. Fiq tak suka duduk sini. Sini bukan tempat Fiq.”
“Kali
ni je sayang. Jom. Mama janji, Abang Meer takkan buat
apa-apa. Come!” Puan Sri Saihah
menarik lengan Syafiq. Perlahan-lahan
anak bujangnya itu bangun. Malas-malas.
+++
“LYDIA
tengah cuti semester ke?” Tan Sri
Muhyiddin mengajukan soalan kepada Lydia yang duduk di sebelah Shameena.
“Aah,
uncle. Sebab tu boleh datang ke
sini. Tapi tak boleh lama. Lydia nak kena tolong daddy. Lagipun mummy minta tolong Lydia untuk
hiaskan laman rumah tu.”
Pandangan
Tan Sri Muhyiddin sekeluarga teralih apabila terlihat Lydia menoleh ke arah
tangga. Syafiq turun diiringi Puan Sri
Saihah.
“Duduk,
Fiq.” Puan Sri Saihah menarik kerusi di
sebelahnya untuk Syafiq. Syafiq duduk.
“Fiq,
ini Lydia. Anak Uncle Mukhriz, adik
papa.” Tan Sri Muhyiddin memperkenalkan
Lydia kepada Syafiq. Syafiq bangun
menghulurkan tangan kepada Lydia untuk bersalam dengan gadis itu. Lydia hanya duduk dan mengangguk sebagai
isyarat. Syafiq duduk semula. Dia membalas senyum Lydia yang tampak ikhlas.
“Maaf
Fiq.”
“Fiq,
Lydia ni sepupu Fiq. Sepupu dengan
sepupu tak boleh bersentuh tanpa lapik.”
Syafiq mengangguk. Dia menjeling
ke arah Sameer. Sameer sedang
memandangnya. Ada riak simpati pada
wajah lelaki itu. Tetapi Syafiq tidak
tahu simpati kepada siapa.
“Sudahlah. Mari kita makan. Kang3 lauk sejuk, tak sedap pula.”
+++
SEUSAI
solat Zohor berjemaah, diimamkan oleh Sameer, Puan Sri Saihah mengikut Tan Sri
Muhyiddin ke Muhdas Holdings sedang anak-anak mereka dibiarkan tinggal di rumah
untuk melayani sepupu mereka.
Sameer
duduk di gazebo yang terletak di laman belakang rumah mereka. Kolam ikan menghiasi laman tersebut selain
terdapat air terjun buatan hasil kerja keras Sameer, Shameena dan Lydia
sendiri.
“Wah,
berfungsi lagi ek waterfall mini kita
ni?” Lydia teruja. Rasanya sudah hampir tiga tahun air terjun
itu dibina. Untuk mereka yang tidak
profesional, pada tanggapan Lydia jangka hayatnya tidak mungkin hingga
sekarang.
“Bulan
lepas ada tersumbat sikit kat paip dalam tu, jadi air terjun tak laju. Kata orang, kalau manusia yang terjun pun,
takat patah kaki je lah. Tak mati
pun.” Sameer menerangkan sambil
bersenda. Lydia ketawa kecil.
“Habis
tu, siapa yang betulkan?”
“Abang
handsome ni lah!” Sameer menepuk dadanya yang didabikkan
sedikit. Sekali lagi Lydia ketawa. Shameena usah dicerita, dia memang pantang
jika tawanya sudah bermula, pasti tidak boleh berhenti.
“Eh,
abang, cakap fasal handsome, Syafiq
tu, boleh tahan ek handsomenya?”
“Ceh!” Lydia ketawa dengan reaksi Sameer. Sengaja dia memancing reaksi Sameer yang
begitu.
“Tapi
... ,” Lydia duduk di gazebo.
Bersebelahan dengan Sameer.
Sameer menoleh ke arah gadis bertudung biru muda itu.
“Tapi
apa?”
“Tak
ada apa-apalah.” Lydia bangun
mendapatkan Shameena yang leka dengan ikan-ikan di dalam kolam. Sameer hanya memerhati gerak langkah
sepupunya itu.
“Abang,
malam ni jadi kan?” soalan Shameena membantutkan lamunan Sameer yang baru
sahaja hendak menjenguk.
“A’ah
jadi. InsyaAllah. Kita pergi lepas Maghrib ya?” Shameena membuat
isyarat ‘okey’ menggunakan tangannya.
“Kita
ajak Fiq sekali ya?” Lydia menginginkan
persetujuan. Sameer dan Shameena
terkejut dengan cadangan itu. Mereka
saling pandang. Shameena mengangkat
kedua-dua belah keningnya tanda meminta jawapan Sameer. Lydia mencemberutkan wajahnya. Keliru dengan isyarat dua beradik itu.
“Okeylah. Nanti abang ajak dia. Itupun kalau dia nak.”
+++
SELESAI
solat Asar, Sameer keluar dari biliknya.
Mereka tidak dapat solat berjemaah kerana Sameer terpaksa bergegas ke bilik
mandi untuk membersihkan diri. Dia
terpaksa turun ke dalam kolam untuk menyelamatkan seekor ikan yang tersepit
pada penapis air.
Tiba
di tingkat dua rumah, dia menghampiri pintu bilik Syafiq setelah yakin adiknya
itu pasti berada di dalam. Dia teringat
akan permintaan Lydia yang agak berat untuknya.
Tetapi, sedalam mana pun rasa marahnya terhadap sikap Syafiq, Syafiq
tetap adiknya. Adik kandungnya.
Sameer
mengetuk pintu perlahan. Tidak mahu
terlalu mengganggu pendengaran Syafiq.
Cukup sekadar ketukan itu didengari.
Syafiq membuka pintu.
“Hah,
kau nak apa?”
Sameer
merenung wajah adiknya dalam-dalam.
“You are talking to you brother!” Tegas.
“So? What
is the problem?”
“Abang
datang bukan nak bergaduh.” Syafiq
terdiam. Sejak tiga bulan yang lalu, ini
kali pertama Sameer mengaku dirinya sebagai ‘abang’ padanya. Syafiq menyandarkan tubuhnya pada jenang
pintu. Dia memandang Sameer dengan wajah
yang serius.
“Malam
ni Fiq free ke?”
“Ak
... Erm ... Fiq free je. Kenapa?”
“Join kami dinner.”
“Mama,
papa?”
“Kita
berempat je. Mama dan papa ada dinner di rumah Datin Fauziah nanti.”
“Erm
... Okey.”
“Kita
pergi lepas Maghrib ya?” Sameer
menghadiahkan sebuah senyuman untuk Syafiq.
Syafiq teragak-agak hendak membalas.
Dia hanya mengangguk. Melihat
anggukan Syafiq, Sameer melangkah turun.
Senang hatinya bila pelawaannya diterima. Lydia pasti akan turut senang hati.
nota kaki:
kang = kependekan daripada perkataan karang; sekejap lagi; nanti.

5 comments:
wah dah lembut dah ke sameer nie dgn syafiq..apa sengketa mereka nie
Kak nzlyna'im , kita tunggu next, next, next punya story yerrr.. ;) thanks untuk membaca, untuk LIKE, dan untuk komen! ;)
Ai Al Halim
wahhhhh.....lydia suke ekkk dgn shafiq....tunggu bab seterusnya.....kan2 chaca...hikhik
Tetttttt.. Kak Ai, ea?? :P
bestnye !
Post a Comment