“Tok, tolong tok.
Saya merayu. Saya janji saya
takkan buat perkara-perkara tak elok tu lagi.
Saya janji tok.”
Tok Ketua menoleh ke arah penduduk kampung yang masih
dirasuk amarah. Muka bengis kelihatan di
sekitar surau itu. Sekejap Tok Ketua
menoleh pula ke arah Irsyad. Irsyad
menoleh ke arah lelaki yang diikat tangannya.
Wajah lelaki itu sugul. Dia
menunduk. Tok Ketua memalingkan mukanya
ke arah Izz yang sedang mencangkung di sebelah lelaki itu.
“Kenapa abang mencuri?”
Izz bertanya perlahan. Hanya didengari
oleh orang yang berdekatan mereka sahaja.
“Saya tak ada pekerjaan.
Saya nak sara anak-anak dan isteri saya,” suara lelaki itu sedikit
merayu. Izz mengangguk-angguk.
“Tapi kenapa mesti mencuri?”
“Saya tak ada pekerjaan! Faham tak?” Lelaki itu membentak.
“Kenapa tak cari kerja?”
“Siapalah yang nak ambil seorang bekas banduan ni
bekerja? Seluruh kampung ni dah benci
saya. Kalau boleh mereka langsung tak
mahu saya balik ke kampung ni. Anak bini
saya pun nak dihalau mereka. Inikan pula
nak beri saya bekerja dengan mereka.”
“Kami tak benci Abang Lan. Langsung tak benci pada keluarga Abang Lan. Kami cuma benci sikap Abang Lan tu. Berulang kali Abang Lan disumbat ke penjara,
tapi balik ke kampung, masih dengan kerja yang sama. Mencuri, mencuri, mencuri.” Irsyad bersuara.
“Betul cakap Irsyad tu!” Penduduk kampung menyokong.
“Macam nilah.
Nanti petang, abang datang ke rumah Tok Ketua. Jumpa dengan saya. Boleh?”
lelaki yang digelar sebagai Abang Lan itu mengangguk. Izz melepaskan ikatan dan mengarahkan lelaki
itu pergi. Penduduk kampung
terpinga-pinga melihat tingkah Izz.
+++
“ORANG kampung ada yang mengadu pada tok, mereka tak
setuju dengan tindakan kamu untuk lepaskan Lan tadi,” tiba-tiba suara Tok Ketua
,emerjah ke pendengaran Izz yang sedang tekun memandang ke skrin komputer
riba. Izz tersenyum. Dia menoleh ke arah Tok Ketua yang baru
sahaja hendak melabuhkan punggungnya di atas bangku rotan kesayangannya.
“Saya bukan lepaskan begitu sahaja, tok. Macam yang Abang Lan janji pagi tadi, dia dah
datang jumpa saya beberapa minit lepas.
Dia baru sahaja balik ke rumahnya semula. Sebenarnya, saya nak Abang Lan tinggalkan
kampung ni dan mulakan hidup yang baru.
Selagi dia berada di kampung ni, selagi itulah dia dan keluarganya akan
dicemuh, tok.”
Panjang lebar penerangan Izz. Tok Ketua masih belum jelas. Dia menambahkan bilangan kerut pada dahinya.
“Esok pemandu saya akan datang jemput Abang Lan
sekeluarga. Tadi saya dah bincang dengan
dad dan dad pun dah setuju nak bantu Abang Lan.
Mulai esok, Abang Lan dan keluarganya akan tinggalkan kampung ni. Abang Lan akan bekerja di syarikat kami.”
Penerangan kali ini membuang sedikit kerut pada dahi tua
itu. Tok Ketua mengangguk. Izz tersenyum. Lega kerana dapat melegakan resah lelaki tua
itu.
+++
USAI menunaikan solat Asar, Izz terus menyarung seluar track yang digantung pada penyandar
kerusi. Fakree, Adri, Firas dan beberapa
orang rakan mereka yang lain mengajak Izz ke sungai. Izz bersetuju. Mana tahu, sambil menghabiskan masanya
bersama kanak-kanak itu dia akan menjayakan misinya di kampung ini. Misi mencari jodoh!
Izz tersenyum sendiri.
Semalam Izzah menghantar mesej kepadanya, menceritakan tentang ibu dan
ayah mereka di sana. Kalut bila
ketiadaan anak lelaki tunggal mereka.
Izz tergelak tatkala membaca isi pesanan ringkas itu. Macam mana agaknya bila Izz sudah mendirikan
rumahtangga nanti? Adakah dia tidak
dibenarkan untuk berpindah? Atau mum
akan tinggal bersamanya di rumah baru?
Dad pula macam mana?

No comments:
Post a Comment