Yang Banyak Orang Reach..

Mini Novel: Cinta Di Sebalik Purdah 8



IRIS mengambil penyapu lidi berserta pengaut sampah yang terletak di sudut bilik.  Dia mula menyapu habuk-habuk pada dinding rumah papan itu.  Sawang-sawang juga dibersihkan sendiri.  Dia tahu Mak Temah mahupun adik-adiknya tiada masa yang cukup untuk mengemas bilik kecil itu.

“Iris ...,” sapa Mak Temah.  Iris menoleh.

“Ya, mak.”

“Kamu tidur di bilik Dina dulu ya malam ni.  Esok mak kemaskan bilik ini untuk kamu.”  Irdina di sebelah Mak Temah mengangguk tanda mengiakan kata-kata emaknya itu.

“Tak apalah mak.  Iris kemas sikit-sikit je dulu.  Lagipun, Iris tak mahu ganggu Dina.  Dina mesti banyak assignment untuk disiapkan.  Dah tentu akan tidur lewat malam nanti.  Iris tak mahu Dina rasa tak selesa.”

“Malam ni je, kak.  Marilah.  Semua assignment Dina dah siapkan di kolej petang tadi.  Sebab tu Dina balik lewat.”  Irdina menarik lengan Iris.  Kali ini Iris akur.

+++

LAMPU dapur dipadam.  Irsyad menaiki anak tangga satu persatu.  Kole air dipegang berhati-hati.  Bimbang jika isinya tertumpah.  Susah pula hendak mengelapnya semula nanti.

“Eh, Kak Iris tak tidur lagi?”

“Belum, dik.  Mata ni tak mahu lelap pula.”

“Tidur dengan Kak Dina kan?” Iris mengangguk untuk menjawab soalan Irsyad.

“Nak air?  Chad buatkan.”

“Eh, tak perlulah.  Kak Iris sekejap je ni.  Kejap lagi nak tidur dah.  Tengah tunggu mesej dari kawan.”  Giliran Irsyad pula mengangguk.  Dia memandang Iris yang sekejap-sekejap memandang ke arah skrin kecil telefon bimbit itu.

Siaran pada skrin televisyen bertukar.  Perlawanan bola sepak antara pasukan Manchester United dan Manchester City menarik perhatian.  Kerap juga Iris mengikuti perkembangan dunia bola sepak ini.  Bukan kerana apa, hanya kerana menghormati staf-staf lelaki di tempat kerjanya yang seringkali bercerita tentang bola sepak di hadapan Iris.  Pada Iris, tidak wajar jika dia membiarkan staf-stafnya itu syok sendiri apabila bercerita.

“Siapa yang main malam ni, kak?”

“Entah.  Akak tengok Rooney macam tak turun je.  Injured kot.  Last game pun dia keluar awal, kan?  Tu ganti dengan Berbatov.”

“Aah.  Last game dia injured.  Lupa pula.  Tapi okeylah Berbatov masuk.  Park Ji Sung pun ada tu.  Dia rajin sikit.”

+++

HAMPIR jam 12 malam.  Iris meminta diri untuk masuk tidur.  Irsyad mengangguk, mengizinkan.  Iris bangkit.  Kelopak matanya semakin memberat.  Dia menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah

“Ya Allah!” Iris menjerit tiba-tiba.  Irsyad terkejut.  Dia terus berlari mendapatkan kakaknya di dapur.  Iris sudah terduduk di tangga dapur.

“Eh, kak.  Are you okay?”  Irsyad cuba membantu Iris untuk bangun.  Iris memberi isyarat supaya Irsyad membiarkan dia sementara.  Tangan Iris menggosok dada berkali-kali.  Irsyad mula risau melihat tingkah kakaknya itu.

Iris tersenyum melihat wajah gelabah Irsyad.  Dia menggeleng berkali-kali.  Perwatakan Irsyad persis ayah mereka, Pak Kamal.

“Kak Iris okey tak ni?”

“Akak okey je ni.  Tikus tu main cak-cak dengan akak pula dengan akak.  Terkejut akak.”

“Laa ... Chad ingatkan kenapalah tadi.  Kot tergelincir ke.  Risau Chad.” Iris ketawa terkekeh-kekeh.  Irsyad turut ketawa.

+++

IRIS masuk ke bilik Irdina.  Senyum pada ulas bibirnya masih menguntum.  Terbayang gelagat Irsyad yang sedikit kalut sebentar tadi.  Telefon bimbit di dalam poket seluar di keluarkan.  Ada mesej masuk sebentar tadi.

‘Alhamdulillah.  Risau Izzah.  Mum and dad pun asyik bertanya je.  Ingatkan Kak Iris belum sampai lagi.  Mum and dad kirim salam.  Assalamualaikum.  Maaf lambat balas.  Izzah keluar tadi.  Terlupa nak bawa handphone.  Jaga diri ya, kak.”’ – Izzah Durrani.

‘Maaf juga sebab buat Izzah sekeluarga risau.  Sibuk bawa mak ke klinik tadi pagi.  Sampai di rumah battery flatted pula.  Baru on semula ni.  Waalaikumussalam.  Sampaikan salam, Assalamualaikum dari Kak Iris untuk Dato’ dan Datin juga ya.  InsyaAllah.  Izzah pun jaga diri ya.  Jangan drive malam.  Kak Iris nak tidur dulu.  Assalamualaikum.’ – Iris Qaireen.

Usai membalas, Iris mematikan telefon bimbitnya.  Perkara yang jarang-jarang dia lakukan, tetapi malam ini dia terpaksa demi untuk tidak mengganggu lena adiknya.  Kemudian dia menepuk bantalnya empat kali seperti kebiasaannya, petua yang arwah ayah tinggalkan untuk mudah bangun malam.

2 comments:

RinsyaRyc said...

baca 3 kul, 21 bismilah, baca ayat kursi .. <3
kan ? he he

SyaCha Abdullah said...

tu pun petua jugak... tapi untuk elakkan pencuri atau sebarang kecelakaan menimpa kita ;)