Adam
Hazriq terkocoh-kocoh menyarung kasutnya.
Hari ini hari pertama dia bertugas sebagai urusetia Program Minggu Suai
Kenal pelajar baru, atau lebih dikenali sebagai Program MSK.
Menurut
pengarah program, seramai 1569 orang pelajar telah mendaftar sejak
semalam. Pelajar yang datang daripada
pelbagai latar belakang, bukan mudah untuk Adam Hazriq bersama puluhan urusetia
yang lain mengendalikan semuanya. Namun,
Adam Hazriq yakin, dia dan rakan-rakan yang bersama menguruskan program akan
memberikan yang terbaik.
Kunci
motor yang tadi diselitkan di dalam poket seluar dikeluarkan. Beberapa ketika setelah enjin dihidupkan,
Adam Hazriq memulakan perjalanan. Jarak
antara rumah sewa dan Politeknik tempat dia belajar tidak begitu jauh. Seawal jam 7.00 pagi, jalan masih
lengang. Belum banyak kenderaan yang
lalu lintas di situ.
+++
Langkahan
kaki dihalakan ke arah Dewan Platinum yang menjadi kebanggaan warga Politeknik
Merlimau Melaka. Rakan urusetia sudah
lama terpacak di situ. Nama mereka
antara yang tersenarai dalam senarai nama penghuni kamsis untuk semester ini. Tidak pelik jika mereka mampu tercegat lebih
awal.
“Bro!”
Muiz
menyapa Adam Hazriq daripada arah belakang.
Dia merupakan salah seorang teman baik Adam Hazriq. Adam Hazriq menghulurkan tangan untuk
menyalami rakannya itu.
“Dah
sarapan?”
“Belum,”
ringkas jawapan Adam Hazriq.
“Jom. Aku dah lama tak berborak dengan kau. Iyalah, sejak kita sibuk dengan laporan
Latihan Industri. Kau pun asyik
tenggelam timbul kat court. Apa cerita ni, bro?”
“Jom!”
Adam
Hazriq yang sejak tadi tersenyum mendengar hujah yang dibentangkan Muiz,
mendepangkan lengannya untuk memaut bahu lelaki itu. Langkah kakinya mendorong Muiz untuk
melangkah bersama.
Benar
kata Muiz, sudah lama mereka tidak berbual.
Sibuk dengan pelbagai urusan menghalang Adam Hazriq untuk melakukan
aktiviti bersama-sama dengan rakan-rakannya.
+++
NINA
Azrin melangkah satu persatu menuju ke kerusi yang tersedia. Dia mengambil tempat paling hujung,
bersebelahan pintu sisi dewan. Masih belum
ramai pelajar yang mengisi tempat kosong.
Kerusi di sebelahnya juga masih kosong.
Selang
beberapa minit kemudian, pelajar yang baru mendaftar bersamanya semalam mula
memenuhi tempat kosong. Gema suara
urusetia yang dikuatkan melalui pembesar suara, kedengaran. Memberi arahan kepada pelajar untuk memenuhi
ruang kosong pada sebelah hadapan terlebih dahulu.
Beberapa
orang urusetia yang lain membantu menggerakkan pelajar-pelajar yang agak liat
untuk beralih. Nina Azrin hanya
memerhati tingkah mereka sesekali.
Tumpuannya lebih kepada bahan bacaan pada tangannya.
“Awak
baca buku apa tu?” sapa seorang pelajar yang duduk di sebelah bangku Nina
Azrin. Nina Azrin hanya menunjukkan muka
depan buku yang dibacanya. Dia tidak
bersuara langsung, dia sedang menguap ketika ditanya. Dari anak matanya, dia nampak pelajar itu
mengangguk-angguk. Mungkin berpuas hati.
“Awak
memang suka membaca ya?”
Tanya
pelajar itu lagi. ‘Uiks, ingatkan dah
tak mahu tanya lagi.’
Nina
Azrin tersengih dengan telahan sendiri.
“Ya.
Saya memang suka membaca,” jawab Nina Azrin acuh tak acuh.
“No wonder.”
“No wonder what?”
Dengan
wajah yang penuh persoalan, Nina Azrin menoleh ke arah pelajar itu.
“Nothing.
By the way, my name is Ladyana.
Panggil saya Lady.”
‘Ooo,
nama bukan main meriah lagi. Patutlah dress up pun meriah!’
Nina
Azrin memandang batang tubuh gadis di sebelahnya itu. Ke atas, ke bawah, ke atas dan ke bawah
semula.
“Cantik
nama awak. Saya Nina,” sekali lagi, jawapan
Nina Azrin acuh tak acuh. Bacaannya terganggu.
Ladyana
tersenyum dengan pujian oleh Nina Azrin.
Ramai yang bersependapat dengan Nina Azrin.
“Terima
kasih. Awak dari jabatan mana ya?”
‘Aduh,
ada lagi soalannya! Aku sumbat juga
mulut budak ni kang!’
“Kejuruteraan
Elektrik. Eh, awak, saya nak ke tandas
sekejap. Pergi dulu ya. Dah tak tahan sangat.”
Nina
Azrin bangkit dan terus meninggalkan Ladyana tanpa menoleh lagi. Dia sudah tidak tahan dengan soalan-soalan
yang dianggap banyak itu.
‘Hish,
nak interview aku ke apa? Tanya satu
dua soalan sudahlah! Dahlah orang tanya
tak mahu jawab. Entah apa yang ‘no wonder’ agaknya. Hish!’

No comments:
Post a Comment