Yang Banyak Orang Reach..

Promo: Bak Remote Tu!





Pintu bilik terkuak.  Hafiz masuk ke bilik. 

“Kau buat apa? Layan apa tu?” Hafiz menggonjak Nurin apabila ternampak adiknya itu merendahkan sedikit skrin komputer riba.  Seperti mahu menyembunyikan sesuatu.

“Nah, ambil ubat!” Nurin melemparkan bantal kecil ke arah Hafiz.  Hafiz sempat mengelak.

“Buat apa?” Hafiz cuba untuk menjengah skrin komputer riba itu.

“Assignment!”

“Assignment konon.  Pigidah!”

Hafiz kenal benar dengan adiknya.  Dia tahu Nurin berbohong.  Nurin bukan sedang menyiapkan tugasan sebenarnya.  Masakan ada tugasan yang pensyarah bekalkan semasa cuti semester! Ini bukan zaman sekolah!

Hafiz mengangkat bahunya.  Dia tergelak sendiri dengan telahannya.  ‘Yin, Yin, sejak kau keluar dari perut mak lagi aku dah tahu perangai kau lah!’

Hafiz bangkit dari tempat duduknya, meninggalkan Nurin sendiri di dalam bilik.

“Apit!” pintu yang baru hendak ditutup, terkuak semula.  Hafiz mengangkat kening.  Tanda bertanya.

“Ada cerita baru kat TV kan?”

“Cerita apa?”

“Juvana.”

“Kau budak sekolah.  Jangan tengok TV sangat.  Aku je boleh tengok.”


***

Cerpen ini masih dalam proses pembikinan.  Insya-Allah saya akan cuba siapkan malam ini... :)

No comments: