![]() |
| karya bersama Ilya Abdullah |
Nurin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari sesuap nasi buat keluarganya di kampung selain cuba untuk melarikan dirinya dari kisah silam yang sering menghantuinya. Dengan hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurin berjaya mengisi kekosongan tempat sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
Sementara Hidayati, anak tunggal Cikgu Abdullah dan Puan Kamsiah, seorang gadis yang sangat prihatin terhadap pekerja di bawah jagaannya. Dia menyewa sebuah rumah di Kuala Lumpur atas tujuan yang sama dengan Nurin. Dia selalu berkongsi semua suka dukanya di laman blognya. Dengan menggunakan nama samaran Gadis Gahari dia meluahkan segala isi hatinya di situ.
Bertahun bersama, Nurin dan Hidayati dilanda dilema. Hati masing-masing terpaut pada jejaka yang sama. Jejaka yang muncul sekelip mata di hadapan mereka. Perkenalan yang menerbitkan rasa cinta yang sukar dihapuskan.
Ikhwan kini terpaksa memilih cinta yang dihulur dua insan. Jika mampu, langsung tidak mahu menyakiti mana-mana pihak. Namun keadaan sangat memaksa dia untuk melakukan itu.
